Jeff Hassan, Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 56 Tahun

Hiburan

Jeff Hassan, Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 56 Tahun

Baru saja kehilangan Ridzuan Hashim semalam, industri seni hari ini dikejutkan pula dengan pemergian pelakon Jeff Hassan pagi tadi.

Allahyarham Jeff atau Muhammad Jefrey Hassan menghembuskan nafas terakhir selepas diserang sakit jantung kira-kira jam 2.25 pagi di Hospital Segamat, Johor.

Advertisement

Berita pemergian aktor berusia 56 tahun itu disahkan oleh rakan selebriti, Mak Wan yang memaklumkan dia sendiri tidak tahu bahawa arwah mempunyai penyakit.

Saya dapat berita sedih ini daripada Seniman. Dulu saya selalu juga bekerjasama dengan dia tapi tidak tahu dia sakit sebab nampak sihat sahaja.”

Mak Wan turut berkongsi sikap arwah yang tidak mengganggu orang lain dan menilik skrip tanpa mencampuri urusan artis yang lain ketika di set penggambaran selain menyifatkan arwah seorang pelakon yang bagus.

Arwah sinonim dengan watak pak imam dan dikenali dengan lakonannya sebagai polis dalam drama popular, Gerak Khas terbitan Skop Productions.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Bandar Putra, Segamat pada jam 8 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Jawa.

Ridzuan Hashim
12 months ago

Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia Di Usia 62 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...