September 22nd, 2020

Mengakui bapanya, Badioezaman Abdul Khalik merupakan seorang lelaki yang unik kerana tidak banyak bercakap, namun tetap mempunyai cara tersendiri meluahkan rasa sayang kepada anaknya.

“Jeans Tu Ketat & Blouse Kamu Paras Peha”- Berpakaian Ketat, Mira Filzah Terima Teguran Bapa

Sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56, Mira tampil menzahirkan ucapan istimewa buat bapanya yang tercinta.

“Terima kasih untuk semua kasih dan sayang sejak 2 April 1993. Saya sayang kamu. Kamu tiada galang gantinya. Selamat hari jadi ke-56 cinta pertama! Moga Allah sentiasa melindungi kamu, setiap saat, setiap minit, setiap jam sehari.”

Ucapan manis itu dikongsi Mira menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Jeans Tu Ketat & Blouse Kamu Paras Peha”- Berpakaian Ketat, Mira Filzah Terima Teguran Bapa

Lebih menarik, beliau juga dilihat tidak ketinggalan memuat naik fotonya bersama bapa, ibu dan adiknya, malah turut memuat naik paparan skrin menunjukkan perbualannya bersama bapa di aplikasi Whatssapp.

Dalam pada itu, perbualan bersama bapanya yang menegur pakaiannya yang dirasakan kurang sesuai untuk khalayak mendapat perhatian ramai.

“Jeans Tu Ketat & Blouse Kamu Paras Peha”- Berpakaian Ketat, Mira Filzah Terima Teguran Bapa

“Jeans tu ketat dan blouse kamu paras peha. Kalau baju paras lutut tak nampak teruk sangat. Di masa hadapan jika ia akan dipaparkan di media, cuba elak pakai begitu. Mungkin kerana dia terlau berkilat dan sekaligus nampak jelas bentuknya.”

Biarpun begitu, Mira yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya itu menerima teguran itu dengan baik dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian selepas ini.

Terdahulu, Mira baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September lalu. Perkahwinan yang dirai penuh gilang gemilang itu sehingga kini masih menjadi bualan hangat khususnya peminat pasangan tersebut.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...