Sejak minggu lepas, tular isu membabitkan pakar saham yang juga bergelar jutawan, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan isteri yang baru dinikahinya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris.
Paling baru adalah isu di mana bekas isterinya mendakwa DDNK hanya memberi nafkah berjumlah RM5000 untuk tempoh dua bulan kepada anaknya.
Kenyataan itu meraih perhatian ramai warganet yang sebelum ini juga pernah memerli DDNK tentang nafkah selepas dia dilihat membawa isteri berbulan madu.
Selain netizen di media sosial, hal itu turut mendapat perhatian pelakon wanita Rita Rudaini yang memuat naik screenshot artikel tentang DDNK di TikTok.
Menerusi hantaran itu, ibu kepada dua anak lelaki tersebut turut terkejut dengan dakwaan bahawa DDNK hanya memberi nafkah sebanyak RM5,000 sahaja.
Pelakon berusia 46 tahun itu juga sempat memberi ayat sinis dan menyuruh netizen meneka jumlah nafkah diberikan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan kepada anak mereka.
JDT Player, Club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkah dekat dua orang anak….cuba teka.”
Meskipun begitu, Rita tidak mendedahkan jumlah sebenar bayaran nafkah yang diberikan Aidil tetapi ramai netizen yang tertanya serta membuat spekulasi tentang jumlah diberikan oleh pemain JDT itu.
Sekadar info, Rita dan Aidil berkahwin pada tahun 2008 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin berusia 13 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 11 tahun.