JDT Gagal Di AFC : “Tak Payah Cakap Banyak. Kalau Banyak Sangat Cakap, Saya Hantar “Mat Cangkul” – TMJ

Trending

JDT Gagal Di AFC : “Tak Payah Cakap Banyak. Kalau Banyak Sangat Cakap, Saya Hantar “Mat Cangkul” – TMJ

Wakil Malaysia ke Piala AFC, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah tersingkir dalam perebutan perlawanan semi final kedua menentang pasukan JSW Bengaluru di Sree Kanteerava Stadium,Bangalore India.

Advertisement

Dari segi pencapaian, ianya da cukup membanggakan kerana tiada lagi pasukan dari di Malaysia dapat menyamai rekod berkenaan seperti yang dicapai oleh pasukan JDT. Namun dek kerana pelbagai kritikan nampaknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah tampil menjawab segala kritikan tersebut.

Baginda mengatakan JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia sekarang ini dengan tiga Piala sudah dicapai buat tahun ini iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Apa yang menarik adalah jawapan sinis TMJ mengingatkan pihak lain supaya tidak bercakap banyak terhadap pasukan JDT, jika tidak Tunku akan menghantar ‘Mat Cangkul’ kepada mereka.

‘Mat Cangkul’ adalah merujuk kepada ke dua orang lelaki memukul dan mengugut pekerja Syarikat Air Johor (SAJ) kerana memotong bekalan air rumah merekanya di Kulai, Johor yang viral sejak beberapa hari lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.