JDT Dapat Kapal Terbang Mewah, Hadiah Daripada Sultan Johor. Wow!

Trending

JDT Dapat Kapal Terbang Mewah, Hadiah Daripada Sultan Johor. Wow!

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan untuk mengurniakan sebuah pesawat model Gulfstream 550 kepada Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), hari ini.

Advertisement

Menurut portal FMT, kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, pengangkutan mewah itu bakal dapat digunakan pegawai dan pemain JDT pada pertengahan tahun depan.

Kehebatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab ini tidak perlu disangkal lagi dan dengan pemberian hadiah istimewa itu, JDT melakar satu lagi sejarah dalam arena sukan sebagai kelab pertama yang memiliki pengangkutan udara sendiri.

Dalam masa sama, ribuan kata-kata semangat dan kegembiraan ditulis peminat yang tidak henti memuji usaha Sultan Ibrahim dan anaknya, Tunku Ismail dalam terus mengangkat kelab bola sepak ini ke peringkat lebih tinggi.

“Saya melihat jelas visi TMJ mahu menebus kembali maruah bola sepak Malaysia setelah lama di bawah pemerintahan FAM. Bagaimana luahan hati baginda melihat senario bola sepak negara yang semakin tenat dan usaha beliau memulihkan kembali imej bola sepak Malaysia,” tulis Bujang Kenyalang dalam FB Johor Southern Tigers.

“Perghhh respek TMJ dan JDT, siapa yang tak nak join JDT, pengangkutan kapal terbang sendiri tau fuhhhh,” tulis Herryben Bend.

“JDT makin jauh melangkah ke hadapan tetapi mentaliti kita tertinggal di belakang. Yang menyedihkan kaum kita sendiri, Allah peliharakan Sultan Johor,” tulis Asyraf Ariffin Acablj.

“Kalau kepala ok, Inshaallah smpai ke ekor akan okay. Tahniah rakyat Johor. Bersyukur pada Allah kerana dapat Sultan yang amat baik. Doakan saya murah rezeki dapat pergi negeri yang bertuah ini. Amin,” tulis Hadi Shaarani.

Sehingga kini, populariti kelab bola sepak JDT menjadi bualan hangat bukan saja di kalangan peminat bola sepak, malah semua lapisan masyarakat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...