Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Sebagai Hotel Terawal Yang Menutup Operasi Kerana COVID-19

COVID-19

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Sebagai Hotel Terawal Yang Menutup Operasi Kerana COVID-19

Tiada siapa dapat menyangka begitu dahsyat kesan yang dibawa oleh wabak COVID-19 di seluruh dunia. Bukan sekadar menguji sistem kesihatan malah wabak ini juga memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi. Sebelum ini, di beberapa negara luar telah mengadakan beberapa rusuhan untuk menggesa menamatkan perintah berkurung.

Tindakan kuarantin dan ‘lockdown’ telah menyebabkan masyarakat tidak dapat keluar bekerja seperti biasa. Kesannya, masyarakat tidak mempunyai sebarang pendapatan. Kesan ekonomi berkaitan wabak COVID-19 di negara ini sudah mula dirasai.

Advertisement

Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang terpaksa menutup keseluruhan operasi perniagaan mereka. Hotel ini baru sahaja dibuka awal tahun lepas menerima tempias yang hebat dengan wabak yang sedang melanda.

kakitangan hotel

Gambar hiasan

VHM Hotel Management Group di bawah pengurusan pihak Jazz Hotel. yang berlokasi di Ipoh juga turut ditutup operasinya. 

Jazz Hotel dibina di bangunan 30 tingkat dan dilengkapi dengan 255 bilik dengan pelbagai pilihan. Penutupan Jazz Hotel secara tidak langsung memberi kesan besar terhadap pendapatan keseluruhan kakitangan hotel. Pekerja akan kehilangan sumber pendapatan secara tetap ekoran daripada hotel ini ditutup.

Beberapa hotel lain turut dijangkakan akan menerima nasib yang sama seperti Jazz Hotel selepas Malaysia masih berperang dengan wabak ini beberapa bulan yang lalu. Pihak pengurusan hotel hanya berserah memandangkan tiada penerimaan pelancong yang menginap di hotel kerana arahan kuarantin dan sekatan pergerakan.

kakitangan hotel

Gambar hiasan

Perniagaan yang lain turut mula mengurangkan jumlah pekerja tetap untuk memastikan kewangan syarikat boleh bertahan sehingga wabak ini tamat. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dan membela nasib rakyat yang kehilangan pekerjaan ketika wabak COVID-19. Bantuan dan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat memulihkan keadaan ekonomi negara.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...