(VIDEO) “Jaya Grocer Who” – Netizen Puji Adira Sempoi Pergi ‘Shopping’ Barang Dapur Dekat ‘Kedai Aceh’

Hiburan

(VIDEO) “Jaya Grocer Who” – Netizen Puji Adira Sempoi Pergi ‘Shopping’ Barang Dapur Dekat ‘Kedai Aceh’

Baru-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya memaparkan dirinya yang sedang membeli barangan dapur di sebuah kedai runcit.

Walaupun mempunyai kemampuan untuk membeli belah di pasaraya besar dan terkenal, penyanyi lagu Ombak Rindu itu dilihat ‘sempoi’ membeli belah di kedai runcit kecil tersebut.

Advertisement

Malah, Adira yang kini sedang sarat hamil anak keempatnya lebih memilih ‘kedai acheh’ sebagai tempat kegemaran untuk membeli barangan mentah dan makanan kering seperti udang, sayur-sayuran, dan lain-lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi, ada yang terkejut melihat perubahan badan penyanyi itu oleh kerana ‘baby bump’ yang semakin kelihatan.

Kak adira mengandung ke rupanya” tulis seorang netizen.

Selain itu, ada juga peminat Adira yang memuji tindakannya membeli belah di kedai runcit sebagai tanda menyokong perniagaan kecil dan pengusaha lokal.

Steady Adira pegi beli kedai runcit, Jaya Grocer whoo?!?!!?!?!!? hidup kedai runcit, support lokal. – Peminat

Namun, ada juga netizen yang menegur penyanyi itu tentang pemakaian pelitup muka dan menasihatinya supaya lebih peka tentang keselamatan memandangkan dia sedang hamil.

Sis next time pakai mask ye risiko untuk orang mengandung lagi-lagi pergi tempat banyak orang, lagi covid sekarang ni dah tinggi balik,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ajak shiro shahrol shiro
2 minggu lalu

“Kenapa Perlu Bogel-Bogelkan?”- Padam Komen Di Instagram, Shahrol Shiro Kata Tak Sempat Baca Kutukan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...