Jaya Grocer Dan Mydin Beroperasi Lebih Awal Untuk Warga Emas Dan Golongan Memerlukan Membeli Belah

COVID-19

Jaya Grocer Dan Mydin Beroperasi Lebih Awal Untuk Warga Emas Dan Golongan Memerlukan Membeli Belah

Sejak semalam lagi, rakyat Malaysia berpusu-pusu mendapatkan barang keperluan rumah kerana bimbang dengan arahan darurat seperti yang dikhabarkan. Namun, Perdana Menteri menerusi sidang media malam tadi memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan akan dilakukan bermula esok.

Baca: Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung 

Advertisement

Pengumuman itu sekaligus membuatkan orang ramai mula panik untuk mendapatkan barang keperluan rumah di pasar raya berhampiran. Tetapi bagi golongan yang memerlukan seperti warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU), agak sukar untuk mereka bersaing dengan yang lain untuk membeli belah.

Dua pasar raya terkemuka di Malaysia tampil dengan waktu operasi khas yang diberikan kepada golongan yang memerlukan ini bagi mereka melakukan persediaan. Jaya Grocer dan Mydin masing-masing mengumumkan mereka boleh membeli 30 minit lebih awal daripada waktu operasi biasa.

Waktu operasi khas ini akan diberikan kepada golongan memerlukan seperti warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas serta golongan OKU. Semua cawangan Jaya Grocer di seluruh negara bakal menjalankan waktu operasi khas ini sepanjang 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Selain Jaya Grocer, pasaraya Mydin juga turut mengambil langkah yang sama dengan menyediakan waktu operasi khas. Cawangan Mydin USJ 1 akan dibuka seawal jam 7.30 pagi bagi membolehkan golongan memerlukan membeli belah terlebih dahulu.

Sejak semalam, orang ramai mula berpusu-pusu mengunjungi pasar raya berhampiran bagi mendapatkan bekalan stok keperluan rumah. Situasi ‘panic buying’ ini telah menyebabkan beberapa golongan tidak dapat membeli barang yang diperlukan kerana kehabisan stok.

Artikel berkaitan:  COVID-19: Rakyat Malaysia Penuhi Pasaraya Untuk Beli Bekalan Stok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...