Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

JAWI Sahkan Fattah Amin Dan Fazura Nikah Dengan Cara Betul, Tiada Layanan Istimewa

Sehingga saat ini masih ramai yang tidak percaya dan terkejut bahawa Fattah Amin dan Fazura sudah selamat diijabkabulkan. Baru sahaja minggu lepas, mereka memberitahu sedang sibuk menguruskan dokumen pernikahan dan masing-masing mempunyai jadual kerja yang agak ketat. Ada sesetengah pihak mula mempertikaikan adakah Fattah dan Fazura menerima layanan istimewa dari pihak JAWI?

Advertisement

Walaubagaimanapun, pihak JAWI menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan kedua-dua artis itu melalui prosedur perkahwinan sama seperti orang lain juga.

Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut. Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian. Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain.

Fattah dan Fazura mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu iaitu beberapa hari sebelum mereka menunaikan umrah bersama. Semalam, mereka sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.50 malam dalam sebuah majlis tertutup di hotel Ritz Carlton,Kuala Lumpur. Sekarang ini, peminat sudah tidak sabar ingin melihat foto-foto ketika majlis akad nikah Fattah dan Fazura dan berharap bintang pujaan mereka itu dapat mengumumkan sendiri berita gembira tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama