JAWI Minta Kerjasama Orang Awam Benteras Port Buka Puasa Separuh Hari

Trending

JAWI Minta Kerjasama Orang Awam Benteras Port Buka Puasa Separuh Hari

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta kerjasama orang ramai agar melaporkan kegiatan individu beragama Islam yang makan secara terbuka di tempat awam sepanjang Ramadan ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jawi Yusof Mamat berkata Jawi juga memerlukan bantuan awam bagi mengenal pasti lokasi yang menjadi ‘lubuk’ umat Islam yang tidak berpuasa membeli makanan dan minuman.

Advertisement

“Orang awam boleh hubungi talian hotline kami di 1800-88-1771 bagi melaporkan perkara berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Jawi menugaskan 10 anggota penguat kuasa di sekitar ibu negara bagi memantau kegiatan yang mencemar imej umat Islam tersebut.

Hasil rondaan hari ini Jawi menahan tiga lelaki beragama Islam yang didapati merokok, makan dan minum di gerai makan di ibu negara, katanya.

Yusof berkata kebanyakan yang ditahan itu memberi alasan sakit dan mengambil ubat atau tidak sempat bersahur.

“Jika benar-benar sakit, mereka haruslah elak daripada makan di tempat awam dan menghormati bulan Ramadan.

“Kalau orang bukan Islam boleh hormat dengan tidak makan di hadapan umat Islam yang berpuasa, saya harap umat Islam sendiri bijak untuk menghormati bulan Ramadan ini,” katanya.

Yusof berkata individu yang ditahan atas kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

p/s kalau bagi ganjaran kepada pengadu ni, confirm kerja jalan cepat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...