Tiada Jawatan Timbalan Perdana Menteri Dalam Perlembagaan

Trending

Tiada Jawatan Timbalan Perdana Menteri Dalam Perlembagaan

Kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebenarnya tidak menjadi penghalang untuk badan eksekutif menjalankan peranan mengikut portfolio masing-masing kerana jawatan tersebut tidak pernah wujud dalam Perlembagaan persekutuan.

Prof. Datuk Dr. Addul Halim Sidek, penganalisis politik berkata Perikatan Nasional (PN) telah mengambil pendekatan yang cukup berbeza. Jika dibandingkan dengan bentuk konvensional yang sebelum ini, jawatan Timbalan Perdana Menteri masih wujud dan diberi portfolio yang khusus.

Advertisement

Perdana Menteri tidak mengambil sebarang portfolio lain untuk diuruskan menggambarkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin memberi penekanan terhadap aspek penyeliaan pentadbiran negara secara menyeluruh dan hal ehwal berkaitan hubungan antara negara.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri memang sebenarnya tidak perlu, sebaliknya ketiadaan kelibat Perdana Menteri boleh digantikan dengan empat menteri kanan secara bergilir-gilir, justeru ia adalah cerminan kebijaksanaan Muhyiddin dalam mengetengahkan kerangka pentadbirannya

Perdana Menteri diibaratkan sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan jika diikutkan lingkungan tugas jawatan CEO hanya mengagihkan tugas kepada pekerjanya. Manakala, dalam konteks pentadbiran kerajaan beliau akan memperkukuhkan hubungan dengan luar negara. Beliau juga bertanggungjawab untuk menggesa kerjasama dua hala di peringkat antarabangsa.

Perikatan Nasional (PN) telah dilihat sebagai parti yang unik kerana tidak mengikut corak kovensional malah parti memerintah membahagikan kerusi pentadbiran mengikut kepentingan dalam organisasi parti. Keutamaan yang dititik beratkan dalam hal ini ialah untuk mengembalikan kejayaan Malaysia.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan Jemaah Menteri, beliau juga menyatakan bahawa menteri kanan yang dilantik akan membantunya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Tugas ini termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet sekiranya terdapat ketiadaan Perdana Menteri. Hal ini menguatkan kenyataan tiada keperluan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri pada ketika ini.

kenapa tiada timbalan perdana menteri

Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek juga menyifatkan barisan Kabinet yang menggabungkan ‘muka’ lama dan ‘muka’ baharu, teknokrat, tokoh politik dan agamawan sebagai gabungan yang mantap untuk Perikatan Nasional (PN) memulakan jentera peneraju pentadbiran kerajaan.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara rasmi barisan Jemaah Menteri baru kerajaan Tahun 2020 pada pukul 5 petang.

Baca: [TERKINI] Perdana Menteri Malaysia Akhirnya Umumkan Senarai Menteri Kabinet Baru 2020  

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...