“Jawatan PTD Hanya Ditawarkan Kepada Graduan Kelas Pertama Tajaan JPA” – Dr Ali Hamsa

Trending

“Jawatan PTD Hanya Ditawarkan Kepada Graduan Kelas Pertama Tajaan JPA” – Dr Ali Hamsa

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa tampil menjelaskan hanya graduan kelas pertama tajaan JPA sahaja yang akan ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos.

“Kita mahu menjalankan eksperimen. Sebelum ini, kita ambil semua graduan kelas pertama, kelas kedua atas dan kelas kedua bawah. Sekarang kita mahu melihat sama ada kumpulan graduan cemerlang ini boleh melaksanakan tugas dengan baik atau tidak,” katanya.

Advertisement

Menurut beliau lagi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membuat pelawaan untuk graduan-graduan tersebut memohon dan mereka perlu menghadiri peperiksaan serta temu duga sebelum menjalani latihan kursus kadet PTD di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum disahkan ke jawatan itu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membuat pelawaan untuk graduan-graduan tersebut memohon dan mereka perlu menghadiri peperiksaan serta temu duga sebelum menjalani latihan kursus kadet PTD di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebelum disahkan jawatan itu.

“Tahun ini, kita juga telah membuka peluang kepada bidang-bidang lain seperti perguruan, kejuruteraan serta perkhidmatan awam untuk menyertai pasukan PTD di bawah tiga kemasukan yang melibat 630 orang,” katanya.

Sumber : Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...