Jawatan Ini Bergaji RM44,000 Sebulan, Travel Ke Lokasi Mewah di Serata Dunia. Syoknya!

Trending

Jawatan Ini Bergaji RM44,000 Sebulan, Travel Ke Lokasi Mewah di Serata Dunia. Syoknya!

Sebuah syarikat kelab mewah di Tennessee, Amerika, kini sedang mencari calon untuk mengambil posisi yang disifatkan oleh syarikat tersebut sebagai ‘kerja paling menarik di dalam dunia’.

Advertisement

Syarikat yang digelar ‘Airbnb untuk jutawan’ ini memuat naik iklan pekerjaan itu pada minggu lepas yang menawarkan gaji sebanyak $10,000 (RM44,000) sebulan, tidak dicampur dengan elaun. Jangkamasa untuk kerja itu adalah selama tiga bulan.

Calon-calon yang diambil bekerja dikehendaki mengembara ke beberapa lokasi mewah di serata dunia dan menulis pengalaman mereka di blog.

Mereka akan mengembara dan ‘beristirehat’ di beberapa kawasan-kawasan percutian mewah – paling maksimum, 12. Third Home juga akan membayar bil penginapan untuk pasangan yang dibawa calon tersebut.

Third Home berkata, calon yang berjaya mestilah seorang yang boleh menikmati benda-benda mewah dalam masa yang sama seorang pengguna media sosial yang ‘hardcore’. Mereka dijangka akan menulis dan membuat video tentang pengembaraan mereka.

Tarikh akhir bagi pemohonan itu adalah pada 30 Mac dan pengembaraan dijangka bermula pada Ogos hingga November.

Untuk memohon, calon diperlukan untuk merekod vido satu minit menjelaskan mengapa mereka individu terbaik untuk pekerjaan itu.

Sumber : BI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.