Written by Bella | June 19th, 2019

Penyanyi Fynn Jamal dikenali sebagai seorang yang rajin menyuarakan pendapat peribadinya tentang isu semasa menerusi akaun Instagram.

Bukan bergelar seorang agamawan, ironinya Fynn sering dijadikan tempat untuk orang ramai bertanya tentang soalan berkaitan hal agama.

Terbaru, respon Fynn mengenai solat tasbih antara yang ditolak kerana tiada dalil telah mendapat perhatian seorang pendakwah bebas, Ustaz Musytaq Al-Ash’ari.

Menurut Ustaz Musytaq, kenyataan Fynn itu tidak tepat dan meminta agar dia berhenti mengelirukan orang ramai. Tidak sepatutnya dia mengeluarkan hukum yang tidak difahaminya.

Fynn sebelum ini pernah ditegur beberapa ahli agama termasuk mufti berkaitan jawapannya tentang soal agama yang mengelirukan masyarakat.

Pada pendapat kami, kalau kita tidak pasti tentang hukum agama lebih baik rujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut dan bukannya bertanya soalan kepada seorang artis atau Instafamous yang berperwatakan alim. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Musytaq Al-Ash’ari & Laman Web Rasmi Pejabat Mufti WP

44 responses to Jawapan Soalan Berkaitan Agama Meragukan, Pendakwah Tegur Fynn Jamal

  1. Pendosa says:

    Fj bkn wahabi.. Bkn org yg cuba pesong kan akidah org.. Bkn org yg cuba menyesatkan org lain.. Fj seorg wanita yg sgt hebat.. Ujian dia yg allah bg,sgt mencabar.. Beruntung wahai fj.. Byk pahala dia dpt kutip dr semua fitnah2 ni.. Dia pendosa.. Tp dia berubah.. Jg wanita islam yg lebih baik.. Dia cuba.. Dan dia dpt terima baik pendosa2 yg lain utk cari seseorg sbg penguat mereka utk berubah.. X mcm ustaz/ustazah yg terlalu rasa diri sempurna.. Belum tentu dpt terima pendosa yg nak berubah.. Malah lebih teruk, akan dihina lg.. Dipulaukan.. Sbb tu x ramai ustaz/ustazah yg aku dpt respect.. Menghina caci maki mcm diri tu dah mulia sgt di mata ALLAH.. MALU dgn sifat ustaz/ustazah yg mcm tu.. MALU.. Sangat sangat MALU..

  2. Pak Ustaz says:

    Masalah fynn ni terus jawab ha ah ..
    patutnya ada sedikit penerangan pasal hadis hasan & dhaif

    x boleh nk salah kn fynn atas pegangan dia tentang hadis ni dhaif.. itu terpulang pada individu ..

    Nak buat boleh boleh ( bagi yg berpegangan hadis ni hasan)
    X nak buat pun boleh ( bagi yg berpegangan hadis ni dhaif)

    key word “berlapang dada”

  3. LoLa says:

    Kdg2 netizen ni bermasalah..tengok org berniqab tudung labuh berketayap bagai mesti sinonimkan gan ahli syurga ustazah ustaz. Betul lah kata ustaz tu..nak tanya hal agama; tanya pd yg layak. Pi tanya kucing mengembek sapa suruh…sampai ke sudah tak dpt jawapan yg betul. Silap2 sesat jadi nya….

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply