Jawapan Soalan Berkaitan Agama Meragukan, Pendakwah Tegur Fynn Jamal

Hiburan

Jawapan Soalan Berkaitan Agama Meragukan, Pendakwah Tegur Fynn Jamal

Penyanyi Fynn Jamal dikenali sebagai seorang yang rajin menyuarakan pendapat peribadinya tentang isu semasa menerusi akaun Instagram.

Advertisement

Bukan bergelar seorang agamawan, ironinya Fynn sering dijadikan tempat untuk orang ramai bertanya tentang soalan berkaitan hal agama.

Terbaru, respon Fynn mengenai solat tasbih antara yang ditolak kerana tiada dalil telah mendapat perhatian seorang pendakwah bebas, Ustaz Musytaq Al-Ash’ari.

Menurut Ustaz Musytaq, kenyataan Fynn itu tidak tepat dan meminta agar dia berhenti mengelirukan orang ramai. Tidak sepatutnya dia mengeluarkan hukum yang tidak difahaminya.

Fynn sebelum ini pernah ditegur beberapa ahli agama termasuk mufti berkaitan jawapannya tentang soal agama yang mengelirukan masyarakat.

Pada pendapat kami, kalau kita tidak pasti tentang hukum agama lebih baik rujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut dan bukannya bertanya soalan kepada seorang artis atau Instafamous yang berperwatakan alim. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Musytaq Al-Ash’ari & Laman Web Rasmi Pejabat Mufti WP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...