Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz, tampil memberi penjelasan selepas dirinya menjadi mangsa salah faham netizen gara-gara sebuah video temu bual yang dimanipulasi individu tidak bertanggungjawab sehingga mengundang kecaman serta siber buli.
Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz, 49, menegaskan temu bual tersebut sama sekali tidak menyentuh mengenai isu Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini hangat diperkatakan.
Saya tidak sebut pun fasal GSF, soalan yang wartawan ajukan kepada saya adalah ‘apa pendapat Datuk tentang artis yang tidak kongsi atau tidak bersuara tentang genocide di Gaza? Terima kasih.
Dalam masa sama, pelakon filem KL Gangster itu turut meluahkan rasa kecewa apabila dirinya difitnah.
Jadi jangan fitnah saya, anda jawab lah di akhirat. Saya orang Islam, saya sokong Gaza dan ini soal kemanusiaan.
Aaron menjelaskan perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram bersama bukti video temu bual sebenar.
Dalam rakaman berkenaan, aktor kelahiran Singapura itu menyatakan pandangan bahawa selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza di media sosial semata-mata demi memenuhi kehendak netizen.
Katanya, sikap berdiam diri bukanlah bermakna seseorang itu tidak menyokong perjuangan rakyat Palestin, sebaliknya ada yang lebih memilih untuk menyalurkan bantuan secara senyap.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.