Jawab Persoalan Netizen, Alif Satar Muat Naik Video Solat Ketika Cabaran Ironman

Hiburan

Jawab Persoalan Netizen, Alif Satar Muat Naik Video Solat Ketika Cabaran Ironman

Baru-baru ini, kejayaan Alif Satar menamatkan Ironman Langkawi 2019 menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya memuji kesungguhan dan mengagumi kekuatan fizikalnya. Bayangkan dia berjaya menamatkan cabarannya lebih 220 km dalam masa 15 jam 5 minit.

alif satar

Advertisement

Namun, ada netizen mempersoalkan bagaimana Alif menunaikan solat jika mengambil masa 15 jam di acara tersebut. Alif sebelum ini pernah memaklumkan pihak penganjur ada menyediakan tempat khas untuk umat Islam menunaikan kewajipan mereka.

Terbaru, bagi memberikan gambaran jelas kepada netizen, penyanyi itu menerusi akaun Instagramnya memuat naik video dia mengambil wudhuk dan menunaikan solat di ‘checkpoint’ perlumbaan. Ia sekaligus menutup komen melampau dan mulut ‘kepochi’ netizen yang mempertikaikan sama ada Alif sempat solat ataupun tidak sepanjang acara berlangsung.

Kemudahan untuk mengambil

wudhuk dan solat disediakan

Solat benda mudah, rakan artis puji

penerangan Alif

video solat ironman alif sataralif sataralif satar

Perkongsian Alif menerima pujian ramai termasuk rakan-rakan artis yang bangga dengannya kerana tidak meninggalkan perkara wajib meskipun dalam perlumbaan. Contoh terbaik buat masyarakat di luar sana.

alif satar ironmanTerdahulu, Alif melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi 2019  dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...