“Jauh Sangat Tuduhan Ni, Fitnah Luar Biasa” – Shuib Terkilan Dituduh Tunaikan Umrah Guna Duit PERKESO

Hiburan

“Jauh Sangat Tuduhan Ni, Fitnah Luar Biasa” – Shuib Terkilan Dituduh Tunaikan  Umrah Guna Duit PERKESO

Pelawak dan usahawan, Shuib berasa terkilan apabila seorang individu telah mendakwa dia menunaikan umrah menggunakan duit caruman pekerja yang sepatutnya dibayar kepada pihak Petubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pelawak itu menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas selain disifatkan sebagai fitnah yang luar biasa terhadap dirinya.

Advertisement

Masya-Allah saudara, jauh sangat ni (tuduhan) duit untuk umrah menggunakan wang caruman PERKESO. Semoga Allah SWT ampunkan dosa awak ya, fitnah luar biasa ni.

Komen Shuib

 

Pelawak tersebut berkata demikian bagi membalas dakwaan individu tersebut dalam ruangan komen sebuah hantaran di Instagramnya.

Difahamkan, komen tersebut sudah dipadam oleh individu berkenaan.

Menurut Kosmo, komen tersebut tercetus susulan Shuib telah dikenakan tindakan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

shuib terkilan

shuib bubblebee
2024-11-12 10:19:17

"Itu Namanya Aniaya Orang, Bukan Ujian" - Netizen Pertikai Shuib Sifatkan Kes Tak Bayar Caruman Sebagai Asam Garam Perniagaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo