Melalui platform TikTok, baru-baru ini, seorang pelancong yang bercuti di Malaysia memuat naik video memaparkan satu stesen MRT dan dia memuji tahap kebersihan stesen berkenaan.
Pelancong puji kebersihan stesen MRT Malaysia
Dapat dilihat dalam video berdurasi 32 saat itu, keadaan di stesen MRT tersebut kelihatan terjaga tanpa mempunyai sebarang sampah-sarap merata di bahagian lantai.
Malah, wanita itu memuji dinding di stesen MRT tersebut juga tidak tercemar dengan kotoran grafiti.
Teruja ada gerabak khas buat wanita
Dalam pada masa yang sama, dia juga menunjukkan palang laluan buat pengguna yang bertukar warna daripada merah menjadi hijau serta memuji kebersihan dalam gerabak MRT yang dinaiki olehnya.
Kawasan palang keluar masuk ini dihiasi lampu-lampu yang menarik. Ini pula keadaan di platform. Lihatlah betapa bersihnya di sini. Kereta api ni tiada pemandu dan keadaan di dalam gerabak pun memang bersih.
Hal yang membuatkan dirinya teruja kerana MRT Malaysia menyediakan gerabak khas buat kaum wanita.
Mereka juga sediakan kawasan untuk wanita sahaja yang mana penumpang wanita boleh pilih untuk duduk di situ dengan lebih selesa.