“Jatuhkan Maruah Wanita Bertudung” – Menari Gaya ‘Twerk’ Dengan Aliff Syukri, Giliran Ratu Farah Pula Dikecam Netizen

Hiburan

“Jatuhkan Maruah Wanita Bertudung” – Menari Gaya ‘Twerk’ Dengan Aliff Syukri, Giliran Ratu Farah Pula Dikecam Netizen

Belum reda kontroversi mengenai video muzik terbaharu Datuk Aliff Syukri bersama Baby Shima, nampaknya ada pula video tular yang menampilkan usahawan kosmetik itu dengan TikTokers popular, Ratu Farah.

Sama seperti Baby Shima, Ratu Farah dilihat berjoget di sebelah Aliff sambil diiringi lagu terbaharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Advertisement

Manakala di penghujung video, kedua-duanya dilihat mempromosikan produk minuman kurus buat tatapan pengikut media sosial di luar sana.

Namun, melihatkan aksi Ratu Farah itu, ramai netizen tampil memberikan kritikan serta nasihat buat wanita itu memandangkan dia membawa imej muslimah dan dikenali ramai.

Kata netizen, Ratu Farah seolah-olah telah menjatuhkan maruah wanita bertudung gara-gara menari seperti itu.

Sorry, tapi tolong jangan jatuhkan maruah wanita bertudung. Pakai jubah tapi menari macam tu. Maaf cakap, sangat tak sesuai.

Ada juga yang meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Datuk Aliff Syukri yang dilihat mengeksploitasi golongan istimewa bagi mendapatkan ‘views’ dan populariti.

“Marketing macam ni tak berkat datuk..” komen seorang lagi netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

aliff sykri
2 years ago

"Tak Laga Punggung Pun Dapat Rezeki" - Bonda Rozita Tegur Aliff Syukri Isu Video Gelek, Anggap Undang Bala

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...