Sekali lagi mencuri tumpuan, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa kembali menjadi buah mulut dan cakap-cakap netizen.
Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan bahagian mata ibu kepada Bilal tu.
Individu itu dilihat telah memuat naik beberapa siri foto memaparkan mata Neelofa yang sememangnya cantik di samping mengenakan solekan minimal.
Neelofa yang memakai hijab dan niqab berwarna coklat keemasan itu telah meraih pujian daripada netizen yang dilihat berpakaian sopan dan patuh syariah.
Bila mata berbicara.
Netizen juga memuji kecantikan Neelofa meskipun hanya ternampak bahagian mata.
Namun begitu, ada juga yang mengkritik Neelofa seolah-olah sengaja menarik perhatian meskipun berniqab.
Tujuan berpurdah sebab tak nak tarik perhatian orang. Nie dah terbalik pulak.
Di padang mahsyar nanti terdapat golongan tak dapat bersama Fatima Az-Zahra iaitu orang yag menjatuhkan pakaian Saidatina Fatima.
Lebih teruk lagi, ada yang tergamak menulis Neelofa seperti menjatuhkan martabat pakaian pejuang wanita Islam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.