Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jatuh Sakit Bukan Kerana Cinta Atau Berita Pernikahan Bekas Tunang – Sufian Suhaimi

Tidak lama lagi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) bakal berlangsung, tetapi penyanyi Sufian Suhaimi mengakui beliau kini sedang menghadapi masalah kesihatan. Namun, beliau enggan memberitahu secara jelas tentang penyakitnya.

Advertisement

Bagaimanapun, Sufian berkata sakitnya itu bukan kerana cinta ataupun berkaitan dengan berita pernikahan bekas tunangnya, Elfira Loy.

Saya mengaku tidak sihat sekarang ini. Justeru, saya meminta orang ramai mendoakan kesihatan saya kembali pulih, terutama apabila bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal Februari nanti. Apa yang saya lalui ketika ini bersifat terlalu peribadi. Jadi, apa yang boleh dikongsikan, sekarang saya tidak sihat sepenuhnya.

Saya terkejut kerana sehingga hari ini, masih ramai yang mengaitkan saya dengannya. Bukanlah rimas kerana saya sendiri tidak terkesan dengan semua itu. Cuma, saya tak mahu ia membuatkan mana-mana pihak terasa. Saya tak mahu ia berlanjutan lagi memandangkan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

Sedang dalam proses pemulihan dan mengamalkan beberapa senaman untuk mengembalikan stamina, Sufian berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Yasran Aiman

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 Comments

  1. Anonymous

    January 11, 2019 at 6:59 pm

    He’s suffer in silence pity him may Allah give him strength and blessed him aamiin….. ?

  2. boredWithyou

    January 11, 2019 at 4:07 pm

    Bang Pian… pls lah, dah boring cerita about u….

  3. Anonymous

    January 11, 2019 at 3:55 pm

    Semoga SS cepat2 sembuh. Kalau belum sihat boleh panggil Zamani ganti SS. InShaaAllah boleh menang.

  4. Anonymous

    January 11, 2019 at 2:26 pm

    Jangan jd mcm kisah artis yg lepas ye, ambil cite tu sebagai sempadan…pengajaran…

  5. unknown

    January 11, 2019 at 1:32 pm

    for the 1st time ak kesian ngan SS.. berat ujian Allah bg kat dia.. ak pelik bila ada netizen yg salahkan dia.. ak percaya dia da moved on masalahnya wartawan yg x moved on lg.. kenapa nak salahkan SS.. cuba letak diri korg di tempat dia.. ex girl bermegah2 dapat suami yg kononnya jauh lebih bagus.. mungkin yer dr segi kewangan but belum tentu peribadi lg.. ak harap sgt family SS bersuara.. show to “theme” yg SS masih berkeluarga.. jangan letak maruah org di bawah tapak kaki.. insyaALLAH ak yakin ALLAH akan temukan dengan SS dgn pasangan & keluarga yg jauh jauh jauh lebih baik dari sebelumnya..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama