Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform Facebook memaparkan sebuah rumah banglo mewah milik penyanyi lagenda tanah air yang sudah meninggal dunia akibat masalah paru-paru dua tahun lalu.
Dapat dilihat melalui hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Selangor Auction Property, rumah banglo tersebut dijual dengan harga RM1.2 juta, di mana ia merupakan 2.5 tingkat lot sudut yang terletak di SS18, Subang Jaya.
Rumah atas nama ibu dan anak. Ibu adalah seorang ikon dan penyanyi legenda di Malaysia. Beliau meninggal dunia akibat masalah paru-paru dua tahun lalu.
Rumah tersebut dilelong pada tahun ini tetapi tidak tahu sebab disebalik kediaman mewah itu dilelong tanpa ada waris yang menetap selepas penyanyi tersebut meninggal dunia.
Sekadar info, rumah itu merupakan lelongan untuk kali pertama dan rizab ditetapkan kepada mahkamah adalah sebanyak RM1.2 juta iaitu jauh lebih rendah berbanding harga pasaran yang dianggarkan sekitar RM1.7 juta.