“Jatuh Hukum Haram Jika Sampai Membahayakan Orang Lain” – DS Zulkifli Al-Bakri Tegur ‘Trend’ Buat ‘Content’ Di Tanah Suci

Kehidupan

“Jatuh Hukum Haram Jika Sampai Membahayakan Orang Lain” – DS Zulkifli Al-Bakri Tegur ‘Trend’ Buat ‘Content’ Di Tanah Suci

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli menerusi satu hantaran di aplikasi X dan Facebook telah tampil menegur sikap sesetengah individu yang gemar membuat kandungan media sosial ketika berada di tanah suci.

Dr Zulkifli beri teguran

Tulis Dr Zulkifli, ramai kini melakukan ibadah umrah namun hanya ‘melancong’ dan menjadikan ia sebagai konten media sosial semata-mata.

Advertisement

Menerusi hantarannya di Facebook, Dr Zulkifli ada menjelaskan perbezaan hukum tawaf dengan hukum mencium Hajar Aswad ketika menjalankan ibadah umrah.

Umrah adalah ibadah, bukan pelancongan ‘kerohanian’. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat.

Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.

Amalan sunat boleh jatuh hukum haram

Menurutnya lagi, jika perbuatan sunat tersebut memberi mudarat kepada diri sendiri dan orang lain, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram.

Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

Beliau juga mengecam tindakan segelintir orang yang tidak fokus beribadah sebaliknya gemar membuat kandungan media sosial ketika berada di tanah suci itu.

Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu. Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hafiz mahamad
10 months ago

(VIDEO) "Dah Puas Dah Buat Content?" - Bersungguh-Sungguh Nak Bagi Staf Wanita Cium Hajarul Aswad, Hafiz Mahamad Teruk Dihentam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...