“Jatuh Haram Pakai Pakaian Ada Lambang Salib, Islam Tiada Kompromi” – Imam Masjid Tok Fakir

Trending

“Jatuh Haram Pakai Pakaian Ada Lambang Salib, Islam Tiada Kompromi” – Imam Masjid Tok Fakir

image (1)

Pemakaian pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak ataupun imej syaitan boleh menjurus kepada perbuatan syirik dan hukum memakainya adalah haram. Ramai dikalangan kita tak menyedari atau masih ragu-ragu apakah hukumnya.

Menurut Imam Masjid Tok Fakir, Mohd Zafpri Daud, 35, perbuatan itu ditegah oleh Islam sekali gus mengabaikan hukum yang jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Advertisement

Ibu bapa kadangkala terlepas pandang dan kita bimbang trend ini menjadi dakyah halus yang cuba diserapkan dalam jiwa umat Islam khususnya kanak-kanak melalui pemakaian.

Bagaimanapun, dalam hal seperti ini, Islam tidak berkompromi sama ada dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan, apatah lagi pada pakaian kanak-kanak,” katanya ketika di temui di Marang, memetik laporan Sinar Online.

Beliau dipetik ketika mengulas tentang trend pemakaian kanak-kanak yang jelas memiliki lambang salib, termasuklah imej filem animasi ‘Frozen’ yang menjadi kegilaan kanak-kanak kini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...