“Jatuh Cinta Lagi…” – Muat Naik Video Fattah Amin, Perkongsian Amira Othman Beri ‘Hint’ Sudah ‘Official’?

Hiburan

“Jatuh Cinta Lagi…” – Muat Naik Video Fattah Amin, Perkongsian Amira Othman Beri ‘Hint’ Sudah ‘Official’?

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah video romantik mereka berdua di media sosial baru-baru ini. Video tersebut menggunakan lagu latar Jatuh Cinta Lagi, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat.

Dalam rakaman itu, Fattah dan Amira kelihatan mesra dan gembira menikmati masa bersama, membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status sebenar hubungan mereka.

Advertisement

Netizen mula membuat spekulasi bahawa pasangan ini kini tidak lagi cuba menyembunyikan hubungan yang dikatakan terjalin antara mereka.

Rata-rata komen di ruangan posting tersebut menyatakan sokongan dan keterujaan, malah ada yang menyifatkan tindakan mereka sebagai satu “soft launch” yang comel dan penuh chemistry.

Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai status hubungan mereka, video itu cukup untuk membangkitkan rasa “sweet couple alert” dalam kalangan peminat dan netizen yang mengikuti perkembangan kedua-dua figura terkenal itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nur fazura
2025-07-24 16:25:18

Difitnah Hasut Fatima Jadi Pendendam & Benci Fattah Amin, Nur Fazura Buat Laporan SKMM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...