Satu syarikat di Thailand telah mengambil inisiatif memperkenalkan cuti ‘Tinder’ bagi menggalakkan pekerjanya keluar mencari jodoh.
Syarikat berkenaan, Whiteline Group mengumumkan cuti khas yang berbayar itu kepada para pekerjanya sehingga Disember ini untuk mencari pasangan hidup.
Pekerja kami boleh menggunakan cuti Tinder untuk keluar temu janji dengan seseorang.
Malah, syarikat itu turut menanggung kos langganan Tinder Gold dan Tinder Platinum yang digunakan pekerjanya namun tidak dinyatakan berapa hari yang diperuntukkan.
Menurut sumber, inisiatif itu diperkenalkan bagi meningkatkan kesejahteraan dan percaya bahawa jatuh cinta mampu meningkatkan kebahagiaan.
Ia sekaligus mampu meningkatkan produktiviti pekerja di syarikat tersebut.
Cuti Tinder itu dilaporkan mula diperkenalkan setelah pihak pengurusan syarikat mendengar keluhan para pekerjanya yang terlalu sibuk untuk berkenalan dengan orang baru.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.