Berharap orang tidak mengambil ringan soal keselamatan, Jasmin Hamid seru ibu bapa bertindak sebagai pelindung supaya tidak membawa anak-anak keluar dari rumah meraikan Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jasmin yang berkongsi pendapatnya di Instagram berkata, ibu bapa digalakkan melindungi anak-anak daripada dijangkiti wabak COVID-19, malah berjaga-jaga meraikan perayaan tersebut kerana Jasmin menyifatkan sambutan itu bukanlah keperluan.
“Tak payah keluar rumah kalau tak perlu. Beraya bukan keperluan. Kita masih boleh sambut kemenangan puasa di rumah.”
Tambah Jasmin, manusia tidak akan mati andai tidak beraya malah turut menegaskan warga emas dan anak-anak boleh maut jika dijangkiti wabak berkenaan kerana meraikan perayaan tersebut.
Dalam pada itu, turut berharap seluruh rakyat mematuhi arahan kerajaan kerana negara masih belum mampu menarik nafas lega susulan pandemik ini.
“Kita masih belum menang lagi… Tapi kita boleh menang kalau kita tak degil.”
Jasmin bagaimanapun mengakhiri penulisannya di entri berkenaan dengan menyeru orang ramai supaya tidak berdegil dan pentingkan diri sendiri ekoran kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk umat islam menyambut perayaan Aidilfitri hujung minggu ini.