Secara jujur, Abang Nara hampir hilang selera berbuka puasa apabila melihat Jaslin menggayakan koleksi kurta hari raya yang telah menjadi viral baru-baru ini. Mana tidaknya, sekali tengok memang bukan nampak macam kurta, tapi macam baju kurung. Abang Nara sampai menggelengkan kepala melihat ke”kreatif”an para pereka fesyen zaman sekarang. Selaku model, Jaslin dihentam teruk oleh netizen kerana bersetuju menggayakan koleksi kurta tersebut.
Malah ada suara-suara yang mendakwa Jaslin sengaja menerima “job” tersebut untuk meraih populariti segera. Popular tue memanglah popular, tapi popular sebab benda sebegini memang agak kelakar. Kata Jaslin:-
Sebagai model saya hanya menjalankan tugasan yang diberikan, saya kecewa apabila kerja kami dipandang remeh dan diperkotak-katikkan. Malah komen yang dilemparkan seolah-olah mereka arif dengan kerjaya seseorang.
Saya tidak faham kenapa mereka mahu memperbesarkan perkara ini. Sepatutnya mereka perlu bersikap lebih bijak dengan mendapatkan maklumat terperinci mengenai rekaan itu. Kalau sudah tahu jawapannya, terpulang mereka mahu kata apa.
Apabila terlalu banyak komen negatif, siapa tidak marah? Namun saya masih boleh bersabar dengan menganggap mungkin ini cara pemikiran pengguna laman sosial di Malaysia. Saya hanya memakai kurta moden yang dipadankan dengan kain pelekat kosong. Pun begitu ramai yang menyamakan rekaan ini dengan baju kurung.
Berdasarkan komen dan kritikan, ramai menyalahkan saya kerana tidak meneliti rekaan ini terlebih dahulu. Namun mereka barangkalai terlupa tentang seorang model dan menjadi tanggungjawab memperagakan rekaan ini.
Kenapa saya perlu berbuat demikian (raih populariti)? Kalau betul saya mahu dikenali, ini bukan cara terbaik. Saya bukan baru dalam bidang ini, jadi saya tahu menggunakan sumber yang betul dengan usaha sendiri.
Lagipun tiada istilah paksaan untuk saya menggayakan rekaan ini malah ia atas kerelaan sendiri sebagai model professional.
Walaupun anda seorang model professional, Abang Nara nasihatkan lain kali fikir dahulu sebelum menerima sebarang tugasan. Kan lagi molek kalau gayakan baju Melayu dengan wajah kacak dan badan sado anda itu. Tak perlulah ambil tugasan yang pelik-pelik sebegini. Selaku model, anda perlu ada prinsip. Tapi kalau dah terima bayaran, memang terpaksalah selesaikan tugasan. Semoga di masa hadapan, Jaslin akan lebih berhati-hati. Sumber Harian Metro.