Jari Kaki Kiri Terpaksa Dipotong Kerana Jangkitan Kuman, Sathia Tetap Sempat Buat Lawak

Hiburan

Jari Kaki Kiri Terpaksa Dipotong Kerana Jangkitan Kuman, Sathia Tetap Sempat Buat Lawak

Keadaan terkini pelakon dan pelawak, Sathia mencuri tumpuan selepas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menziarahinya di Hospital Ampang.

Menerusi hantaran di Instagram, Syerleena berkongsi video ketika dia melawat Sathia sebaik sahaja mendapat tahu  tentang keadaan pelawak berkenaan.

Advertisement

Difahamkan, ibu jari kaki kiri pelawak berusia 61 tahun itu terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang serius bagi mengelakkan ia menular ke bahagian badan.

Ibu jari kaki kiri kena kuman dan perlu dipotong. Kalau tak, boleh kena jangkitan pada badan.

Sathia

Meskipun dalam keadaan tidak sihat, Sathia bagaimanapun dilihat tenang dengan kakinya yang berbalut malah sempat bergurau dengan Syerleena.

Boleh main bola sepak.

Seorang jururawat di situ juga berkongsi bahawa Sathia terpaksa berpuasa pada Selasa disebabkan tekanan darahnya meningkat.

Syerleena kemudian memaklumkan dia tidak bercadang untuk luangkan masa yang banyak untuk melawat kerana enggan mengganggu Sathia yang memerlukan rehat secukupnya.

Peminat yang menonton video tersebut yang kini tular di media sosial mendoakan kesihatan Sathia dan berharap pelawak itu kembali sembuh.

elyana tiada rambut
2025-07-27 09:19:54

Muat Naik Foto Tiada Rambut, Netizen Risau Keadaan Kesihatan Elyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...