August 9th, 2019

Datuk Seri Siti Nurhaliza, antara nama yang gah dalam industri hiburan tanah air. Walaupun terkenal, beliau sama sekali tidak sombong dan selalu merendah diri, tidak hairanlah Siti Nurhaliza sememangnya menjadi pujaan ramai.

siti nurhaliza

Kalau sudah popular, pasti apa yang dilakukan akan mendapat perhatian orang ramai. Baru-baru ini, ada netizen yang rajin menyiasat harga barangan yang dipakai oleh Siti Nurhaliza meskipun beliau dikenali sebagai seorang yang tidak gemar menayang barangan mewah.

Jam tangan mewah Richard Mille jadi perhatian netizen

jam tangan siti nurhalizasiti nurhaliza jam tanganrichard mille siti nurhaliza

Di laman Twitter, seorang netizen mendedahkan jenama jam tangan mewah Richard Mille yang dipakai oleh Siti Nurhaliza dianggarkan bernilai USD 100k hingga 150k.

Bila ditukar ke mata wang Malaysia, harganya

mencecah lebih RM627,000.

harga jam tangan siti nurhaliza

Harga basikal, aksesori dan kasut juga mahal

harga basikal siti nurhalizasiti nurhalizaharga kasut siti nurhaliza

Umum mengetahui Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K sejak kebelakangan ini begitu aktif berbasikal. Untuk itu, gigih juga netizen mencari harga basikal, aksesorinya dan juga kasut yang digunakan oleh penyanyi nombor satu negara itu.

Kaya raya tapi tidak riak. Orang betul-betul kaya

tidak perlu tunjuk yang dia kaya

siti nurhaliza Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Siti Nurhaliza, walaupun kaya raya beliau tidak riak menayang segala kemewahan yang dimiliki. Bukan seperti orang lain yang kita lihat di media sosial.

Sumber Berita : Forum CARI & Twitter


16 responses to “Jarang Tayang Kemewahan, Netizen Siasat Jam Tangan Siti Nurhaliza Lebih RM627,000”

  1. Yekeni says:

    Ada 2 cara. Satu subtly, satu diectly. Dua2 sama.

  2. Noname says:

    Antara artis yg dpt bayaran tertinggi di Malaysia..
    She deserved it
    Mampu tapi tak menunjuk cm sorang tu..
    Tak perlu la plbagai helah nk khbar duit bnyrk

  3. Anonymous says:

    Kalau dia terlampau menunjuk kekayaan nanti laki dia kena panggil dgm SPRM. Tapi kalau diikutkan sebenarnya Siti jauh lebih kaya dari laki dia. Laki dia dulu kaya sebab kabel dari bini dia dulu tu kerabat

    • AK2.O says:

      Dato K memang bijak dalam memilih pasangan hidup…Semua dia ambil yang kaya2 je…Bukan perempuan je pandai nak berSuamikan orang kaya…Lelaki pun sama…Agak2 anak Dato K..siapa yang akan ikut jejak langkah dia kan…

  4. Myself says:

    Rosmah lagi kaya. Laki jd menteri dekat 40 tahun. Siap buat sendal pintu je

  5. Anonymous says:

    Hahahahaha…!!! Paling win komen – “itu la beza orang kaya gila dengan orang gila kaya..” .. hahahahahaha..!!!

Loading...