Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jarang Muat Naik Video Memasak Seperti Kebiasaan, Fasha Sandha Jawab Persoalan Peminat Di Instagram

Setiap tindak-tanduk serta aktiviti yang dilakukan selebriti pasti akan mendapat perhatian pengikut dan peminat dan ianya turut dialami oleh pelakon Fasha Sandha ketika ini.

Fasha SandhaSumber : Instagram Fasha Sandha  

Ini berikutan dia kini sudah jarang berkongsikan video memasak juadah untuk keluarga di laman Instagramnya untuk perkongsian bersama peminat.

Advertisement

Disebabkan itu, ada peminat yang bertanyakan mengapa Fasha kini sudah jarang berkongsi video memasak malah ada yang menghantar mesej peribadi di media sosial bertanyakan resipin serta idea untuk memasak.

Tampil menjawab persoalan peminat, Fasha berkata dia masih rajin memasak pada setiap hari namun tidak berkesempatan untuk mengambil video serta menyunting untuk dimuat naik ke Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Advertisement

“Depa dok tanya, kami tak masak dah ka. Sejujurnya kami masak hampir setiap hari tapi tak menyempat nak ambil video. Depa dok DM mintak resipi, mintak kongsi idea nak masak, haihhh kami ni bukan la expert sangat dalam memasak ni hampaa, sebab tu la nama hastag kami #taksempurnabyfashasandha..”

Memuat naik video masakan terbarunya berupa hidangan ayam, ternyata ianya telah mengubat hati peminat yang sentiasa menunggu video terbaru daripada pelakon cantik ini.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sekadar info, Fasha Sandha telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu. Fasha juga mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal,7, dan Putri Raysha Jemyma,6, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami terdahulu, Rizal Ashram Ramli.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top