Jarang Kongsi Perkembangan Anak Di Instagram, Fazura Tidak Mahu Jadikan Anak ‘Content’

Hiburan

Jarang Kongsi Perkembangan Anak Di Instagram, Fazura Tidak Mahu Jadikan Anak ‘Content’

Umum sedia maklum, pelakon popular, Nur Fazura telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya genap enam bulan yang lalu.

Menerusi temu bual bersama Gempak, Fazura mengakui jarang sekali memuat naik foto atau video anaknya di media sosial kerana yakin anak tidak memerlukan akaun Instagram sendiri. Fazura juga tidak mahu menjadikan anaknya sebagai content di media sosial.

Advertisement

fazura dan keluarga

Foto dan video anaknya yang telah di muat naikkan di Instagram Fazura hanyalah untuk kenangan saja baginya dan juga suami bukannya untuk mengejar ‘likes’ semata-mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Fazura turut berkata,

Anak saya bukan konten. Saya fikir saya hanya akan berkongsikan serba sedikit tentang Fatima melalui video atau foto misalnya yang lebih bersifat momen atau sentimental melalui akaun Instagram yang kami buka iaitu @fattzuralovelife.

Walaupun tidak terlalu mendedahkan foto atau video Fatima ketika masih kecil, Fazura mengatakan dia dan suaminya, Fattah telah membuat satu akaun Instagram khas buat Fatima yang akan digunakan apabila telah tiba waktu yang sesuai untuk anak mereka di masa akan datang.

Tapi itu untuk kegunaan dia apabila dia sudah bersedia. Cuma buat masa ini, memang Fatima tidak ada akaun untuk diisi konten, dan sesekali saya kongsi di akaun Instagram peribadi saya untuk kenangan.

Tambah Fazura lagi, dia tidak mahu terlalu kerap memuat naik perkembangan anak di Instagram peribadi kerana akaun tersebut digunakan hanya untuk aktiviti kerja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...