Sudah menjadi kebiasaan untuk pasangan artis yang baharu berkahwin mempamerkan kemesraan dan cinta mereka dengan memuat naik foto di laman sosial. Boleh dikatakan, ada yang hampir setiap hari mahu berkongsi kemesraan mereka dengan orang ramai.
Walaubagaimanapun, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin jarang sekali berkongsi foto mereka berdua dengan peminat di mana-mana media sosial bukan?
Menurut Syatilla, bukannya mereka tidak ada gambar mesra cuma beliau tidak mahu peminat merasa meluat melihat aksi mereka berdua.
Bukan tidak ada gambar mesra, ada. Cuma tidak kerap. Saya juga segan untuk berkongsi gambar-gambar mesra. Selain sega, takut juga orang meluat.
Mungkin prinsip Syatilla dan Sam dapat menjaga nilai eksklusif mereka sebagai artis. Kadang-kadang memang betul, peminat ini akan merasa bosan dengan aksi-aksi mesra artis. Betul tak?