Jarang Kongsi Gambar Isteri, Rumah Tangga Hisyam Hamid Pula Didakwa Bergolak – “Upload Gambar Di Media Sosial Tak Wajib”

Hiburan

Jarang Kongsi Gambar Isteri, Rumah Tangga Hisyam Hamid Pula Didakwa Bergolak – “Upload Gambar Di Media Sosial Tak Wajib”

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba rumah tangga pelakon Hisyam Hamid pula dipersoalkan gara-gara jarang memuat naik gambar atau video bersama isterinya, Rosmawati Hanafi di media sosial.

Aktor berasal dari Singapura itu bagaimanapun berkata dia ketika ini lebih memilih untuk fokus dengan kerjaya seni yang dilakukan berbanding kehidupan peribadinya.

Advertisement

Hubungan kami baik-baik sahaja. Mungkin yang bercakap itu tidak selalu singgah Instagram saya. Cuma saya jarang muat naik apa-apa di media sosial. Perkongsian terbaru banyak tentang kerja.”

Tambah Hisyam lagi, apabila ada masa terluang dia akan pastikan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan tidak mementingkan gambar atau video untuk dimuat naik di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Selama 10 tahun di dalam industri seni, Hisyam juga tidak pernah mempunyai masalah atau isu melibatkan pelakon wanita yang digandingkan bersama.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga akui jarang keluar bersama rakan pelakon walaupun hanya sekadar untuk pergi makan jadi tidaklah timbul apa-apa isu.

Tak ada isu cemburu atau hubungan di luar set. Tak pernah pun rasanya ada skandal atau sensasi. Rumah tangga saya baik-baik saya, doakan kami.”

aziz m osman
9 months ago

(TERKINI) Tiada Orang Ketiga, Aziz M. Osman & Puteri Lily Umum Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...