Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jarang Kongsi Foto Bersama, Che Ta Nafi Rumah Tangga Di Ambang Penceraian

Rozita Che Wan Zain Saidin

“Pasal apa nak bercerai?” itulah persoalan yang bermain di fikiran pelakon jelita, Rozita Che Wan yang tampil menafikan dakwaan mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang berada di ambang penceraian.

Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu yang dihubungi media baru-baru ini berkata bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk bercerai dan perkahwinannya masih baik dan bahagia sehingga ke hari ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Zain Saidin (@zainsaidin23)

Ini berikutan ada yang mendakwa pasangan ini seolah-olah mempunyai masalah rumah tangga kerana kini jarang sekali berkongsikan foto bersama sebagai suami isteri di media sosial.

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak..” ujar Che Ta.

Tambah pelakon drama Kiah Mai Pulak ini lagi, suaminya iaitu pelakon Zain Saidin seorang yang jarang bergambar untuk dimuat naik ke media sosial berbanding dirinya.

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dia walau bagaimanapun mengakui kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surut, tetapi hubungannya kini bersama Zain dan anak-anak masih baik dan tidak mempunyai masalah.

“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham perangai masing-masing. Jadi, tiada masalah…” akhiri Che Ta.

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Sekadar info, Rozita Che Wan telah mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin pada tahun 2013 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, pelakon wanita ini juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra, hasil perkongsian hidup bersama suami pertamanya dahulu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    April 19, 2021 at 11:58 am

    haihhh bosan dgn nitizen ni. benda xde ape saje carik pasaiii. hang dah xdak gheja ka sibukk dok tgk ig org dok tgk setiap saat . skali xup gmba tok laki kata ada masalah. hidup kt media sosial ni dunia tipu2 je tauuu. yg hat betoi2 org xtayang. xkose nk tayang kebahagian nanti org jeles dengki mula sakit hati. nt kena penyakit ainnn dek pasai dengki hang tuu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top