“Pasal apa nak bercerai?” itulah persoalan yang bermain di fikiran pelakon jelita, Rozita Che Wan yang tampil menafikan dakwaan mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang berada di ambang penceraian.
Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu yang dihubungi media baru-baru ini berkata bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk bercerai dan perkahwinannya masih baik dan bahagia sehingga ke hari ini.
View this post on Instagram
Ini berikutan ada yang mendakwa pasangan ini seolah-olah mempunyai masalah rumah tangga kerana kini jarang sekali berkongsikan foto bersama sebagai suami isteri di media sosial.
“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak..” ujar Che Ta.
Tambah pelakon drama Kiah Mai Pulak ini lagi, suaminya iaitu pelakon Zain Saidin seorang yang jarang bergambar untuk dimuat naik ke media sosial berbanding dirinya.
View this post on Instagram
Dia walau bagaimanapun mengakui kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surut, tetapi hubungannya kini bersama Zain dan anak-anak masih baik dan tidak mempunyai masalah.
“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham perangai masing-masing. Jadi, tiada masalah…” akhiri Che Ta.
View this post on Instagram
Sekadar info, Rozita Che Wan telah mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin pada tahun 2013 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.
Terdahulu, pelakon wanita ini juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra, hasil perkongsian hidup bersama suami pertamanya dahulu.