Jarang Guna, Aliff Syukri Lelong Kereta Mewah Dengan Harga RM135,000

Hiburan

Jarang Guna, Aliff Syukri Lelong Kereta Mewah Dengan Harga RM135,000

Mendedahkan dirinya kini bersetuju ingin menjual salah sebuah kereta mewahnya, usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akui perkara itu temui kata sepakat selepas beliau khabarnya tidak lagi mahu menyimpan kenderaan jenis Mercedes-Benz SLK itu.

Advertisement

Hal ini demikian kerana, kereta itu amat jarang sekali digunakan olehnya.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Patut tak saya jual kereta ini Mercedes-Benz Sports baru pakai 10 kali? Milleagenya hanya 20,000-30,000km sahaja. Saya nak jual kereta ni sebab saya jarang guna. Jadi saya nak jual murah-murah ja, waktu beli tu memang mahal sangat.”

Dedahnya lagi, kereta mewah itu juga dijaga rapi dan langsung tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya.

“Kereta tak pernah kemalangan, malah saya simpan dalam rumah tertutup, enjin 1.8 turbo, minyak murah, roadtax murah. Sekarang nak jual lelongan ja, hanya RM135,000 net. Nombor plate saya akan ambik balik. Siapa cepat dia dapat.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memujinya kerana pandai menjaga kenderaan itu kerana sehingga kini masih tampak persis kereta baharu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...