Jarang Cari Nama Sendiri Di Media Sosial, Aina Abdul Akui ‘Move On’ Saja Usai Buat Persembahan

Hiburan

Jarang Cari Nama Sendiri Di Media Sosial, Aina Abdul Akui ‘Move On’ Saja Usai Buat Persembahan

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul mengakui dirinya jarang sekali mencari nama sendiri di media sosial, google atau sebagainya.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Mungkin sibuk dengan aktiviti harian, Aina berkata dia lebih selesa untuk meneruskan kehidupan seperti biasa atau ‘move on’ selepas melakukan persembahan dalam mana-mana acara.

Namun begitu, mengetahui hakikat dirinya tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, Aina berkata dia mempunyai rakan dan juga ‘team’ yang akan sentiasa menegur dirinya jika terjadi perkara yang tidak diingini.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

“Saya sebenarnya susah nak cari diri sendiri di Google atau Youtube, bagi saya, kalau dah selepasa buat persembahan saya harus move on sahaja. Tapi saya ada team yang akan sentiasa tegur saya,kalau tak secara berdepan, mereka akan menghantar mesej kepada saya.”

Ujar Aina lagi, sepanjang berada dalam industri seni hiburan banyak perkara yang dipelajarinya dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Perkembangan terkini, penyanyi lagu Semalam ini kini difahamkan sedang giat mempelajari latihan vokal bersama Cikgu Delly dan sering berkongsi perjalanan kariernya menerusi Instagram untuk tatapan peminat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...