Jarak Usia 35 Tahun Bukan Penghalang, Nenek Kelantan Kahwini Lelaki Usia 28 Tahun Lepas Kenal Di TikTok

Kehidupan

Jarak Usia 35 Tahun Bukan Penghalang, Nenek Kelantan Kahwini Lelaki Usia 28 Tahun Lepas Kenal Di TikTok

Kalau berjodoh dan sudah ditentukan oleh Allah SWT, jarak umur yang jauh tidaklah menjadi penghalang buat satu pasangan untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Seperti kisah satu pasangan di TikTok yang sering menjadi perhatian ramai kerana mempunyai jarak usia 35 tahun, dimana si suami berusia 28 tahun, manakala si isteri sudah berusia 62 tahun.

Advertisement

Difahamkan, pemuda yang bernama Mohammad Amin Jumdail mengenali isterinya melalui platform TikTok ketika Oktober 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengimbau kembali kenangan awal-awal perkenalan, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam telah mengambil langkah pertama dengan terbang ke Semenanjung untuk bertemu dengan wanita tersebut buat kali pertama.

Isteri Adam iaitu Rokiah Samat memberitahu bahawa dirinya sudah mempunyai 11 anak, 22 cucut serta seorang cicit.

Kenapa saya terima dia? Sebab dia baik, sangat bertanggungjawab dan begitu caring dengan saya. Paling penting dia juga penyabar.

isteri 62 tahun, suami 28 tahun

 

Kedua-dua pasangan itu telah mengambil keputusan untuk bertunang pada 6 Jun 2022 dan memutuskan untuk berkahwin pada 9 September pada tahun yang sama.

Suami Rokiah menegaskan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang niat tersembunyi apabila membuat keputusan memperisterikan wanita tersebut.

Dalam pada masa yang sama, kedua-duanya rasa bersyukur kerana keluarga sama sekali tidak kisah dengan jarak umur mereka yang sangat jauh serta mendapat sokongan ramai.

netizen kecam kahwin muda
2 years ago

"Gelilah!" - Lelaki Hantar Isteri Ke Sekolah, Netizen Mohon Jangan Normalisasikan Kahwin Muda

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...