May 27th, 2020

Zaman sekarang ini, dah tak pelik kalau segelintir pasangan itu si wanita lebih tua daripada yang lelaki. Bak kata pepatah, usia hanyalah angka dan tak sepatutnya menjadi penghalang kepada rasa cinta di antara sesiapa pun.

Baru-baru ini berterbangan khabar angin mengatakan bahawa pelakon cantik iaitu Intan Ladyana berkemungkinan sedang menjalin hubungan dengan pelakon muda iaitu Harris Aliff.

Kalau anda nak tahu Intan kini berusia 38 tahun manakala Harris pula berusia 21 tahun, menjadikan jarak umur di antara mereka ialah 17 tahun.

Advertisement

intan ladyana dan harris alif

Khabar angin ini mula menjadi buah mulut netizen apabila Harris tidak segan untuk berkongsi gambar mereka berdua bersama di laman Instagram rasminya. Bahkan Intan dan lelaki itu turut menyambut hari raya kedua bersama.

intan ladyana dan harris alif

Kapsyen yang mengiringi entri tersebut nyata menimbulkan tanda tanya ramai peminat kerana Harris menggunakan bentuk hati bagi menggambarkan Intan Ladyana.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan sebenar disebalik hubungan pasangan selebriti ini, rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikut Harris nampaknya positif dan turut menyokong hubungan tersebut.

Kita nantikan penjelasan daripada tuan punya badan sendiri ya.

Sumber: Forum CARI

Advertisement

4 responses to “Jarak Umur 17 Tahun, Intan Ladyana Dan Harris Alif Dikhabarkan Sedang Bercinta?”

  1. Anonymous says:

    tapi laki tu je over duk upload gambar. intan mcm relax2 je.

  2. Anonymous says:

    Wait intan 38tahun? Biar betul! Muka muda sangat.

  3. Anonymous says:

    dah 38 tahun lawa lagi intan. laki tu pulak nampak tua

    • sharuz says:

      Kebanyakan perempuan akan lalui “fasa” gorgeous dalam lingkungan umur around 35-45..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...