Jarak Tinggal Sejauh KL-Penang, 9 kapal Freedom Flotilla Coalition x TMTG Makin Hampiri G*za

Trending

Jarak Tinggal Sejauh KL-Penang, 9 kapal Freedom Flotilla Coalition x TMTG Makin Hampiri G*za

Sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini dilaporkan telah memasuki 150 batu nautika dari perairan pantai Gaza sekitar jam 3.36 pagi (Rabu).

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, yang memaklumkan bahawa kedudukan tersebut merupakan titik berisiko tinggi, iaitu lokasi sama kapal-kapal terdahulu pernah diserang rejim Zionis Israel.

Advertisement

Freedom Flotilla Coalition

Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, melaporkan bahawa rancangan asal kapal Conscience adalah untuk bergabung dengan armada lain di titik 130 batu nautika.

Namun atas beberapa faktor, kesemua sembilan armada akan bertemu pada titik dan masa yang belum diputuskan oleh FFC. Selain itu, FFC juga belum memutuskan masa ketibaan ke zon merah kerana ia bergantung kepada situasi semasa.

Sebelum ini, armada FFC dilaporkan dijangka memasuki zon merah sekitar jam 5 petang waktu Malaysia, namun jadual tersebut masih tertakluk kepada perubahan bergantung pada keadaan cuaca dan keselamatan.

Kamarul Zaman turut menjelaskan bahawa sasaran utama misi kali ini adalah untuk memastikan semua kapal  termasuk kapal utama Conscience serta kapal pelayaran Umm Saad — selamat tiba di Gaza sebelum hari Jumaat.

Misi Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza disertai oleh ratusan aktivis antarabangsa dan sukarelawan kemanusiaan dari pelbagai negara, termasuk wakil Malaysia, dengan matlamat untuk menghantar bantuan makanan, ubat-ubatan, dan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang terus dikepung oleh rejim Zionis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tuan ZRA 'Hilang' di KLIA
2025-10-08 08:45:24

'Kehilangan' Tuan ZRA Di Majlis Sambutan Kepulangan GSF Semalam Terjawab - "Tidak Mahu Pujian Melambung, Itu Bukan Dia"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...