Jantung Anak Kedua Lana Nodin Terhenti 10 Minit, Mohon Doa Orang Ramai

Hiburan

Jantung Anak Kedua Lana Nodin Terhenti 10 Minit, Mohon Doa Orang Ramai

Diselubungi rasa cemas dan takut, itulah yang mungkin dirasai oleh pelakon Lana Nodin selepas jantung anak keduanya, William Daud McKienzie ataupun nama manjanya, Billy terhenti selama 10 minit semalam sehingga pembedahan terpaksa ditangguhkan.

Advertisement

Billy yang baru sahaja berusia dua bulan sepatutnya menjalani pembedahan jantung semalam kerana masalah injap jantung (Aortic Stenosis). Namun, jantung Billy terhenti selepas dimasukkan ubat bius sebagai persiapan untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut Lana, anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pemantauan rapai selama 48 jam.

Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang. Ketika persediaan pembedahan dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti. Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi. Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak tak boleh dibuat.

Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila mendapat berita yang disampaikan suami. Ketika itu saya sedang solat. Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya juga mengharap bantuan orang ramai untuk sama-sama mendoakan anak.

Hanya seorang ibu memahami dan merasai sakit yang ditanggung anaknya. Mari sama-sama kita doakan agar segala urusan dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...