January 16th, 2017

Didakwa berlagak diva kerana enggan memakai pakaian yang direka khas oleh seorang pereka fesyen, pelakon Janna Nick yang tidak mahu namanya terus dipandang negatif tampil memberikan penjelasannya.  Menurut Janna, baju yang disediakan tidak sesuai dengan dirinya kerana ia agak seksi dan ada salah satu baju kelihatan sama dengan baju yang beliau pernah pakai dalam satu sesi fotografi sebelum ini.

Saya cakap jujur saja, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula.  Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain?

Saya ada juga pakai salah satu baju dia walau pun gaun itu hanya dengan lengan pendek paras bahu. Apabila saya masuk bilik untuk mencuba baju ke-empat, dia (pereka pakaian) terus balik bawa semua baju tanpa bercakap sepatah pun dengan saya. Saya tak akan ubah cara pemakaian semata-mata untuk memuaskan hati mana-mana pihak.

Janna juga menafikan dakwaan kononnya beliau menarik muka selepas melihat koleksi pakaian yang disediakan oleh pereka fesyen tersebut.

Bila masanya pula? Saya menarik muka itu tidak benar. Ketika dia tunjuk koleksi baju yang dibawanya, saya terus beritahu tidak mahu pakai. Saya cakap dengan nada yang baik, bukan tarik muka tau.

Orang yang tidak tahu cerita sebenar akan beranggapan memang perangai saya macam itu dan akan kata itu memang perangai saya. Kalau boleh saya nak jumpa dengan dia semula. Bukan mencari gaduh tetapi saya mahu bincang, selesaikan perselisihan faham kami. Perkara ini tidak berlanjutan menjadi buruk. Sebab ianya melibatkan periuk nasi saya dan juga bisnes dia.

Bersabarlah Janna, kadang-kadang kita ini tidak boleh puaskan hati semua orang. Harapnya pereka fesyen itu sudi berjumpa Janna dan berbincang secara baik agar masalah ini tidak melarat.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...