April 14th, 2016

Janna Nick bintang yang semakin menyerlah lebih-lebih lagi drama Suami Tanpa Cinta gandingan bersama Shukri Yahaya telah mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton.

Peminat menyifatkan pasangan ini cukup serasi bersama dan lakonan mereka tampak bersahaja tetapi masih ada kecomelan tersendiri.

Buat Janna, beliau sangat bersyukur dengan reaksi positif daripada penonton dan beliau juga cukup selesa bekerjasama dengan Shukri.

Saya anggap sambutan hangat pada drama ini sebagai permulaan baik pada kerjaya lakonan saya yang semakin diterima positif. Awalnya saya tak letak harapan tinggi.

Saya bersyukur keserasian dengan Shukri turut menggembirakan peminat. Sebenarnya, semua pelakon yang digandingkan dengan saya cuba cari keserasian dan tidak mahu lakonan yang tersekat-sekat. Macam Shukri, walaupun suami orang dia tidak meletakkan sebarang syarat pelik pada saya dari segi lakonan.

Janna sebenarnya tidak mahu tampak terlalu “over” ketika berlakon dan beliau sama sekali tidak akan melakonkan adegan berpelukan hanya untuk menarik perhatian ramai.

Saya dengan Shukri cuba tampilkan adegan mesra yang nampak sweet tetapi tidak melampaui batas. Biar orang tengok pun jadi suka dan tidak mengutuk. Saya takkan buat adegan berpelukan hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bukanlah takut kena kritik tetapi saya ini pelakon yang sentiasa mahu menghiburkan semua masyarakat. Jadi kalau orang suka melihat lakonan saya sudah tentu ianya memuaskan hati saya.

Mungkin ada pihak yang berpendapat bahawa adegan berpelukan serta romantis boleh melariskan sesuatu karya tetapi cara seseorang pelakon itu “menghidupkan” watak itu yang lebih memberikan kesan didalam hati penonton.

Sumber Berita : Mangga Online


Comments are closed.

Loading...