April 18th, 2016

Teruk juga berita yang kami baca mengenai aktres Janna Nick yang semakin popular kini. Ada dakwaan yang mengatakan Janna kini sudah mula berlagak diva dan menghasut penerbit serta pengarah untuk tidak mengambil pelakon yang tidak disukai oleh beliau.

Janna berbuat demikian atas alasan beliau kini sudah memenangi  kategori Artis Pilihan anugerah DFKL 2016 dan tidak sesuai untuk digandingkan dengan pelakon baharu. Eh, biar betul Janna bersikap sebegini?

Melalui  ruangan Bipop Berita Harian, Janna menafikan sekerasnya tuduhan berkenaan dan mempercayai ada pihak yang cuba untuk memburukkan namanya.

Saya tidak pernah buat begitu. Soal pilihan pelakon adalah hak penerbit dan stesen TV untuk menentukannya.

Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Mungkin ada pihak yang sengaja menggunakan nama saya untuk menutup perkara sebenar. Barangkali pelakon yang dicadangkan itu tidak diterima stesen TV kerana karakter tidak sesuai. Mereka menggunakan alasan dengan mengaitkan nama saya untuk menutup perkara sebenar.

Tambah Janna beliau tidak akan pernah lari jika ada gosip yang timbul. Buat Janna, untuk apa merasa takut jika sesebuah cerita itu tidak benar.

Sekiranya ada yang bertanya, saya tidak akan lari dan cuba menjawab dengan baik untuk memperbetulkan keadaan.

Cerita yang tidak benar, mengapa saya harus takut? Apa yang penting saya tahu menjaga diri sepanjang berada dalam industri.

Janna Nick agak tegas bukan dengan prinsip beliau? Bak kata pepatah, berani kerana benar dan takut kerana salah. Tak main la lari daripada wartawan dan biarkan sesuatu kontroversi dan gosip itu berpanjangan.

Sumber Berita : Berita Harian


Comments are closed.

Loading...