Janna Nick ‘Spill Tea’ Mengenai Artis Terbabit ‘Sc*mmer’ – “Saya Harap Ada Orang Dapat Selamatkan Dia”

Hiburan

Janna Nick ‘Spill Tea’ Mengenai Artis Terbabit ‘Sc*mmer’ – “Saya Harap Ada Orang Dapat Selamatkan Dia”

Isu membabitkan artis yang didakwa melakukan penipuan kewangan terus hangat diperkatakan apabila pelakon Janna Nick tampil berkongsi pengalaman peribadinya berdepan situasi mencurigakan melibatkan seorang rakan selebriti.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, dia pernah mempunyai hubungan yang rapat dengan individu berkenaan sebelum mereka terputus hubungan secara tiba-tiba.

Advertisement

janna nick

“Saya ada cerita tentang rakan artis yang didakwa menipu itu. Kami pernah rapat, kemudian dia hilang begitu sahaja.”

Katanya lagi, beberapa tahun kemudian individu tersebut kembali menghubunginya untuk meminjam wang.

“Beberapa tahun selepas itu, dia WhatsApp saya untuk pinjam duit. Lepas terima mesej, tak sampai beberapa saat saya terus hubungi sebab rindu,” katanya dalam Threads.

Namun situasi menjadi janggal apabila panggilan itu dijawab oleh suami individu berkenaan.

Nama Azar Azmi Kena ‘Petik’, Didakwa Dalang Penipuan Melibatkan Wang Ringgit Milik Usahawan

“Tiba-tiba suaminya pula yang jawab. Mestilah saya terkejut. Saya mesej kawan saya, tapi suami dia yang angkat dan beritahu dia berada di klinik.”

“Kalau begitu, siapa yang balas mesej saya tadi?”

“Saya cuma harap ada orang dapat selamatkan dia sebab saya tak rasa nombor itu dipegang olehnya sendiri,” ujarnya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang cuba mengaitkannya dengan kontroversi tular ketika ini.

Sebelum ini, seorang pengasas produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan dan meminta bantuan penyanyi rap Caprice untuk mendapatkan keadilan menerusi Threads.

Isu berkenaan turut mengaitkan nama Hazrin serta isterinya, pelakon drama Azar Azmi. Difahamkan, terdapat mangsa mendakwa mengalami kerugian daripada ribuan hingga jutaan ringgit membabitkan urusan perniagaan termasuk pelaburan durian dan tanah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-03 15:24:06

Nama Azar Azmi Kena 'Petik', Didakwa Dalang Penipuan Melibatkan Wang Ringgit Milik Usahawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...