Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Janna Nick Sedar Alami Masalah Bipolar Kerana Sering Tidak Khusyuk Ketika Solat

Janna Nick

Pelakon dan juga penyanyi, Janna Nick memaklumkan bahawa dia mula menyedari bahawa dirinya mempunyai masalah mental atau kecelaruan bipolar semenjak tidak dapat khusyuk ketika menunaikan solat lima waktu.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner,26, dia mengalami gangguan seperti mendengar ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat ketika mendirikan solat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya. Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghidap bipolar..”

Dia ditemui ketika sebuah sesi siarang langsung bersama Miasa Malaysia berupa sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu penghidap masalah mental.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tambah pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, masalah mental yang dihadapinya itu menjadi semakin teruk semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann ini turut memberitahu bahawa dia masih bertukar-tukar ubat kerana berasa tidak sesuai ketika bekerja.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Sudah empat kali saya tukar ubat. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum. Kalau sedih kena betul-betul sedih. Kalau marah saya kena jadi seorang pemarah. Tapi kalau ambil ubat, saya akan jadi tenang.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Janna mendedahkan bahawa dia mengalami masalah bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Kai

    June 8, 2021 at 10:38 am

    I get that she has mental issues….. let’s move on…old news….. nthg worth to read.

  2. Anonymous

    June 7, 2021 at 1:00 pm

    Try la dengar azan walaupun awak bukan muslim

  3. sasa

    June 6, 2021 at 5:13 pm

    hai albert lee, i setuju apa yang u cakap..i perasan skrg byk orang sekeliling kita tanpa kenal kite siapa akan terus judge kite, apatah lagi kl nmpk seseorg tu pki seksi free hair.normally orang akan terus jatuh hukum org macam ni jahat, balik2 ckp x takut ke dosa. tanpa mereka sedar sebenarnya kite yg nama manusia ni pendosa yg berulang2 buat silap, tapi kite lupa dgn kesilapan sendiri. yg nmpk hanya silap orang lain, yg jahat org lain, yg buruk org lain. sy dari kecik belajar untuk tak keluarkan bahasa yg teruk cth maki hamun tanpa usul periksa, besangka buruk, mengumpat dari org sekeliling sy sendiri. bila sy tengok org yg dekat dgn sy maki org, begaduh, sakitkan hati org. sy yg mendengar je sedih apatah lagi bila sy yg kena.so sy tau oh ayat ni so hurting, jgn ulang jgn guna utk sape2 pon. kl nk marah skalipon sy akan bgtau sy x suke awak ckp mcm ni sbb bla bla bla. so dr situ sy tau dgn kasih syg, dgn kata2 yg baik akn membawa org yg mungkin belum mendapat ilmu pada bahagian2 hidup die yg menyebabkan die berdosa akan mudah untuk menerima apa itu ajaran Islam. sbb sy minat belajar tentang agama islam bukan dgn makian, hinaan tp kerana org tua mengajar sy beserta kasih syg setiap kali sy melakukan kesilapan. sy begitu x setuju kl netizen suke sgt bg ayat2 yg kurang sopan, hinaan makian pada seseorg yg die pk salah.. yg maki yang hina ni sendiri sy rase benda yg x baik dan ble dpt dosa. bukan ke lebih baik kite doakan yg baik dan beri kata2 semangat. kata2 makian tu sbnrnya boleh menambahkan salah satu punca stress selain diorg nk mengadap masalah sendiri yg lain2. so sebagai manusia kite gunalah akal kite sblm nk ucap sesuatu.

    • Huda

      June 8, 2021 at 9:05 am

      hai sasa, kalau awak perasan, yang memaki hamun, yang senang jatuh hukum, yang senang nak menghina, semua dari kalangan netizen melayu muslim. saya sebagai orang muslim pun sedih dengan netizen yang senang jatuh hukum seperti mereka Tuhan. Ya, memang dalam islam diajar untuk menegur sesama muslim. tapi bukan dalam bentuk hinaan dan cacian. apa salahnya kalau mereka menegur cara baik dengan tidak berkata kata buruk dan hina. DM mereka yang sedang menunjukkan aurat. tu cara yang lagi baik. tapi tu lah, netizen ni banyak yang bekerja menjadi Tuhan. mereka rasa mereka terlalu baik dan tidak pernah buat dosa walaupun sebesar hama. smh

  4. not worth to read. next

    June 6, 2021 at 2:01 pm

    janna nick, alif syukri, fathia, izreen, suhaimi flat earth, semua aku xnak ambik tau dah. buat hilang mood je nak hadap muka2 diorang. tukar channel je terus. lepas ni baca article berkaitan diorg pon malas dah. xde faedah

  5. Anonymous

    June 6, 2021 at 12:36 pm

    Ni nak minta simpati netizen..dah tu nak buat perangai…nampak perut..lepas tu..minta simpati semula..esok2 buat perangai nampak apa pulak..artis cam kau ni mcm sampah..mnyusahkan!!!

    • Albert Lee

      June 6, 2021 at 1:59 pm

      Jangan hukum Janna Nick…apa yang dia kata ada benarnya…masyarakat apa tahu dengan masalah pesakit mental?masyarakat dan pakar perubatan pun keliru apa itu sakit jiwa dan apa itu sakit mental ?Perubatan moden telah menyatukan jenis jenis sakit mental dan jiwa …akibatnya masyarakat keliru dan pakar perubatan diselubungi misteri….Terdapat 200 lebih penyakit mental dan jiwa dikenali…Seperti aku(penghidap Skizerfonia) dan Janna Nick Bipolar ….selain tu ada digelar Hypertensi,Depresi,Mental Disorder,PTSD,kecelaruan identiti, Good Girl dan banyak lagi…gejala kami lain lain….Dan semua itu disatukan sebagai Sakit Mental bahkan ada yang kata kami GILA…
      Bukan semua kami alami Delusi dan halusinasi….majoriti yang alami Delusi dan halusinasi ini seperti Bipolar, dan Skizerfonia alami sakit kepala seakan migrain,dengar bisikan ,bahkan khayal dan dimata Kami nampak bayang bayang seperti makhluk alam lain…..
      Manakala sakit jiwa pula tidak seperti mental dimana sakit jiwa tidak delusi atau halusinasi….mereka jadi jiwa akibat trauma,tekanan,serta kerana peristiwa silam….
      Macam aku pesakit Skizerfonia….akibat delusi dan halusinasi kadang kala aku bercakap cakap seolah olah bercakap dengan suara bisikan atau jelmaan …..kadang kala tak dapat kawal….manakala pesakit jiwa pula juga akan bercakap cakap sendiri kerana melepaskan luahan hati yang terpendam Faham?
      Aku dapatkan rawatan Psikiatrik di hospital Melaka,hospital sungai petani dan hospital Tuanku Ampuan Rahimah…semua doktor rawat aku sendiri akui mereka ada pelbagai pendapat…example doktor psikiatrik bangsa cina di hospital sungai petani mensyorkan aku dapatkan juga rawatan alternatif kerana di juga percaya akan misteri alam lain dan percaya adanya sihir hitam! Mana mana sakit mental yang alami halusinasi dan delusi ada simptom simptom persis sakit sihir hitam!
      Doktor cina tu sendiri akui….Skizerfonia banyak berlaku di Nusantara( kawasan sini kan ada kuat amalan sihir hitam)….
      Dan dia akui Sihir hitam ini ancaman yang wujud malah diperakui oleh Perundangan Malaysia dan PDRM dengan tergubalnya AKTA SIHIR!Faham????
      Kami ada yang dapatkan rawatan Psikiatrik…namun semua ubatan psikiotik membawa kesan juga…example aku Skizerfonia…awalnya dibekalkan ubat digelar Olanzapine…Kesannya?Rasa relax dan tenang,pergerakan jadi slow dan Lalok…Lapar! Dan mengantuk(rasa mengantuk kesan ubat dalam kitaran purata 16 jam! Dalam keadaan itu….kerja akan terjejas…bahkan kerap datang lambat! Kami hadapi! Kami terpaksa makan ubat sebab nak kembali normal….namun ubat itu hanya kurangkan sikit gejala halusinasi dan delusi(dua gejala yang buat hilang fokus terhadap dunia realiti)…hilang tumpuan kerja…sehinggakan aku akui aku cuba seimbangkan kurangkan kesan ubat Olanzapine tu dengan ambil dadah perangsang digelar syabu…tau apa jadi? hilang rasa mengantuk sebab Olanzapine,hilang lalok relax sebab Olanzapine dimana aku jadi fokus kerja dan kurang rasa mengantuk akibat syabu dan rasa lapar akibat ubat Olanzapine kurang apabila aku ambil syabu….
      Tau risiko ubat Olanzapine? Boleh sebabkan badan Lumpuh! Dan kalau diambil dua biji serentak….semua sendi badan lenguh dan sakit!!!!
      Aku tak tahan….aku mintak doktor tukar ubat baru….aku diberi ubat digelar Disperidone…sekali dos iaitu 3 MG….kesan ubat tu mengantuk,lapar namun tidak membawa kesan sakit sendi dan lumpuh….Ubat Disperidone juga bagi kesan tenang dan rilek…dan kurangkan delusi serta halusinasi….dan aku tak cuba ambil Disperidone ini dan hilangkan kesan ubat itu dengan Syabu….
      Dan aku juga amalkan rawatan alternatif iaitu amalkan minum air Rukyah yang aku minta dari orang muslim …dan air tu juga aku buat sapu kepala aku sebelum tidur….suara suara halus ,delusi dan khayal aku hilang 70%.Dan pihak yang bagi aku air Rukyah itu katakan jika diizinkan Tuhan penyakit halusinasi delusi aku akan pulih namun makan masa yang lama cuma kesan dari pengalaman 4 tahun derita sakit ini akan dikhuatiri meninggalkan kesan pada diri ..Mereka galak aku teruskan jalani rawatan mental dan alternatif dari mereka …ada peluang pulih namun lama….Semenjak aku alami Delusi dan halusinasi ini …aku sering dibuang kerja dan sisihkan oleh majikan dan masyarakat….Susah cari nafkah hidup namun aku cuba berjuang….
      Jadi kalau anda semua tak alami pengalaman sebagai pesakit Psikiatrik…x rasa kesan ubat dibekalkan….tak tau apa itu GILA…maka jangan bercakap seperti Orang GILA…
      aku dah disahkan OKU bawah JKM dalam kelas ME….dan apa aku perhatikan banyak lagi orang GILa bertopengkan Manusia Sihat….

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top