Janna Nick Sedar Alami Masalah Bipolar Kerana Sering Tidak Khusyuk Ketika Solat

Hiburan

Janna Nick Sedar Alami Masalah Bipolar Kerana Sering Tidak Khusyuk Ketika Solat

Pelakon dan juga penyanyi, Janna Nick memaklumkan bahawa dia mula menyedari bahawa dirinya mempunyai masalah mental atau kecelaruan bipolar semenjak tidak dapat khusyuk ketika menunaikan solat lima waktu.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner,26, dia mengalami gangguan seperti mendengar ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat ketika mendirikan solat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya. Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghidap bipolar..”

Dia ditemui ketika sebuah sesi siarang langsung bersama Miasa Malaysia berupa sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu penghidap masalah mental.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tambah pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, masalah mental yang dihadapinya itu menjadi semakin teruk semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann ini turut memberitahu bahawa dia masih bertukar-tukar ubat kerana berasa tidak sesuai ketika bekerja.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Sudah empat kali saya tukar ubat. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum. Kalau sedih kena betul-betul sedih. Kalau marah saya kena jadi seorang pemarah. Tapi kalau ambil ubat, saya akan jadi tenang.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Janna mendedahkan bahawa dia mengalami masalah bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...