2 pelakon baru, Janna Nick dan Ruhainies kini sedang dalam satu pertelingkahan yang cukup panas. Ini semua gara-gara Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai antara teraju filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Enggan dipersalahkan, Janna Nick telah tampil menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu.
Menurut Janna, terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Ruhainies tidak benar dan seolah-olah mempunyai agenda untuk memburukkan namanya. Kata Janna:-
Saya muat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul. “Dia nampaknya tak henti-henti meneruskan agendanya itu. Sebenarnya, sebelum isu ini jadi besar, saya cuba untuk menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan memilih untuk tidak memaafkan dan nak memanjangkan pergaduhan.
Saya diam sebelum ini sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan Ruhainies. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut. Sebelum saya muat naik video itupun saya ada menghantar WhatsApp kepadanya. Tapi dia masih menidakkan penjelasan Michael dan Natasha yang turut berlakon dalam filem itu. Dia masih tak mahu berbaik. Saya terpaksa muat naik video itu untuk penjelasan umum dengan harapan benda itu takkan berpanjangan
Namun begitu, video yang dimuatnaik oleh Janna Nick itu telah pun dipadamkan kerana pelakon tersebut enggan mengeruhkan lagi suasana. Kata Janna lagi:-
Jadi saya malas hendak panjangkan (isu) dan bergaduh. Jadi, saya memilih untuk memadamkan video berkenaan dan anggap sampai setakat itu saja pergaduhan kami. Dalam media, nampak macam dia sudah memaafkan saya. Tapi menerusi medium WhatsApp, sebenarnya tidak.
Sampai masa saya sudah penat menjawab kenyataan yang dikeluarkannya. Saya pilih untuk berdamai dan harap dia juga begitu
Secara jujur, pergaduhan seperti ini hanya akan menjatuhkan maruah kedua-dua pelakon baru ini. Kedua-duanya sedang mencipta nama dan kontroversi sebegini sudah tentu tidak diperlukan. Tiada impak positif, hanya negatif semata-mata. Nampak macam kedua-duanya kemaruk job dan cepat melatah apabila tidak menjadi pilihan produser. Semoga ini menjadi pergaduhan terakhir buat mereka. Silalah belajar untuk menjadi matang. Sumber Berita Harian.